YB Dato Haji Husam Musa di Majlis Perasmian Pengajian Tafaqquh Fi Al-Din dan pelancaran dana Pembangunan Tingkat 3, Masjid Imam Syafie bertempat di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at,Pasir Mas

YB Dato Haji Husam Musa  telah dijemput ke Majlis Perasmian Pengajian Tafaqquh Fi Al-Din dan pelancaran dana Pembangunan Tingkat 3, Masjid Imam Syafie bertempat di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at, Repek, Pasir Mas, Kelantan pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432H

Majlis Perasmian Pengajian Tafaqquh Fi Al-Din dimulai dengan solat hajat dan selawat di tingkat 2, masjid imam syafie yang belum siap sepenuhnya (dimimamkan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Nurudin Al-Banjari Al-Makki)

Para pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran dan bacaan burdah di dalam majlis ini.Ucapan dan tazkirah yang menusuk kalbu  menerangi hati oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Nurudin Al-Banjari Al-Makki menyerikan majlis ini.

Turut berucap adalah Ustaz Mohammad Subki bin Abdul Rahman (Mudir Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at, Repek, Pasir Mas, Kelantan) serta ADUN Bukit Tuku, YB Haji Abd Fatah bin Haji Harun.

YB Dato Haji Husam Musa  juga turut diberikan penghormatan oleh Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at untuk melancarkan dana Pembangunan Tingkat 3, Masjid Imam Syafie di atas pentas dengan menerima sumbangan derma dari para dermawan yang hadir di dalam majlis tersebut.

Bantuan kewangan, material dan sebarang bentuk sokongan kepada Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at amatlah dialu-aluka demi menjayakan cita-cita pendidikan bagi memenuhi tuntutan generasi Al-Quran serta mengekalkan Negeri Kelantan sebagai bumi Serambi Mekah

Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira’at
Jalan Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang,
Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan.
Tel/Faks: 09-790 5477
HP: 019-939 4185, 019-9559 856
Blog: <a href=”http://www.mtdq.wordpress.com/”>www.mtdq.wordpress.com</a&gt;
Email : mtdq@iqmaju.com

Derma iklhas untuk pembangunan syiar Islam boleh dihulurkan melalui:

Bank: Bank Islam
No Akaun: 03027010032451
Nama akaun: MASJID IMAM SYAFIE

About mtdq

Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at
This entry was posted in berita terbaru. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s